Inilah adalah cara yang paling mudah untuk melansingkan badan. Tidak perlu berlapar atau menggunakan duit yg banyak. Kenapa aku cakap cara yg mudah? Sbb aku baru sahaja pulang dari medical checkup. Resultnya aku dikira obesity. Nak tau kenapa? Sbb berat aku sekarang ni 65kg berat yg ideal ikut BMI adalah 50-52kg. Aku baru lepas bersalin pada bulan JULY, berat ketika sebelum bersalin adalah 83kg. Disebabkan berpantang maka aku dapat menurunkan berat aku sehingga 70kg pada bulan September aku start keje semula. Bila sampai bulan NOV berat aku turun ke 65kg, banyak gak turun tu.. tpi aku nak cite camner nak langsingkan badan.
Kurangkan Kalori Intake Dalam Makanan.
Macamana nak kurangkan, nak kira kalori pun aku xpandai ini kan nak kurangkan kalori. Sebenarnya kita hanya kene jaga pemakanan bermula dengan sarapan Cuba ambik sarapan yg ringan dan padat, contah: whole meal bread, cereal atau buah, minum bersama susu atau jus. Menu makanan tengahari, nasi separuh, berkuahkan sup, ikan bakar (cuba jgn makan daging atau ayam), sayur dan air suam or air manis tanpa susu. Menu malam, kalo mampu makan la salad atau ikan bakar, kukus atau buah. Ini aku cerita sbb dari medical checkup tu dorg tu advice aku kene ambik 1430 kalori sehari. Jika 3kali aku perlu makan maka aku kena la ambil dalam 300-400 kalori per meal.
Kurangkan Pengambilan GULA dan CONDENSE MILK
Cuba kurangkan minum air berkabonat, mmg la sedap lagi2 tengah panas terik minum coke letak air...perghhh aku pun suka gak. Tryla tgk setin air coke tu berape kuantiti kalori die. Aku pun xpasti tpi mesti beratus gak.
Lagi satu cuba elakkan guna CONDENSE MILK dalam minuman, contoh teh tarik, milo dan nescafe tarik, semua ada benda ni. Cuba gantikan dengan susu low fat milk ker.. hahaha mmg la x kaw tpi bagus tu kalo nak slim nih.
Banyakkan minum AIR MASAK.
Jika dahaga minum jer air masak, jgn la gatal nak minum air manis. Mmg la susah nak control nafsu ni. tpi terpaksalah berkorban sbbkan nak cantik. Sehari kita kene minum air masak dalam 8 gelas. HUH! banyak tu. tpi cuba la beli satu botol air besar dan gunakan setiap hari. Dah selalu guna mesti la dh biasa.
Kawal NAFSU - DISPLIN
Inilah perkara yg paling susah sekali tpi kene la cuba juga. Apepun ini semua adalah untuk kebaikan kita tanya pada diri kita mahukan cantik langsing maka perlulah berkorban tahan nafsu dan berdisplin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment