Monday, December 5, 2011

Cara-cara mudah untuk langsing....

Inilah adalah cara yang paling mudah untuk melansingkan badan. Tidak perlu berlapar atau menggunakan duit yg banyak. Kenapa aku cakap cara yg mudah? Sbb aku baru sahaja pulang dari medical checkup. Resultnya aku dikira obesity. Nak tau kenapa? Sbb berat aku sekarang ni 65kg berat yg ideal ikut BMI adalah 50-52kg. Aku baru lepas bersalin pada bulan JULY, berat ketika sebelum bersalin adalah 83kg. Disebabkan berpantang maka aku dapat menurunkan berat aku sehingga 70kg pada bulan September aku start keje semula. Bila sampai bulan NOV berat aku turun ke 65kg, banyak gak turun tu.. tpi aku nak cite camner nak langsingkan badan.

Kurangkan Kalori Intake Dalam Makanan.


Macamana nak kurangkan, nak kira kalori pun aku xpandai ini kan nak kurangkan kalori. Sebenarnya kita hanya kene jaga pemakanan bermula dengan sarapan Cuba ambik sarapan yg ringan dan padat, contah: whole meal bread, cereal atau buah, minum bersama susu atau jus. Menu makanan tengahari, nasi separuh, berkuahkan sup, ikan bakar (cuba jgn makan daging atau ayam), sayur dan air suam or air manis tanpa susu. Menu malam, kalo mampu makan la salad atau ikan bakar, kukus atau buah. Ini aku cerita sbb dari medical checkup tu dorg tu advice aku kene ambik 1430 kalori sehari. Jika 3kali aku perlu makan maka aku kena la ambil dalam 300-400 kalori per meal.

Kurangkan Pengambilan GULA dan CONDENSE MILK


Cuba kurangkan minum air berkabonat, mmg la sedap lagi2 tengah panas terik minum coke letak air...perghhh aku pun suka gak. Tryla tgk setin air coke tu berape kuantiti kalori die. Aku pun xpasti tpi mesti beratus gak.
Lagi satu cuba elakkan guna CONDENSE MILK dalam minuman, contoh teh tarik, milo dan nescafe tarik, semua ada benda ni. Cuba gantikan dengan susu low fat milk ker.. hahaha mmg la x kaw tpi bagus tu kalo nak slim nih.

Banyakkan minum AIR MASAK.


Jika dahaga minum jer air masak, jgn la gatal nak minum air manis. Mmg la susah nak control nafsu ni. tpi terpaksalah berkorban sbbkan nak cantik. Sehari kita kene minum air masak dalam 8 gelas. HUH! banyak tu. tpi cuba la beli satu botol air besar dan gunakan setiap hari. Dah selalu guna mesti la dh biasa.

Kawal NAFSU - DISPLIN

Inilah perkara yg paling susah sekali tpi kene la cuba juga. Apepun ini semua adalah untuk kebaikan kita tanya pada diri kita mahukan cantik langsing maka perlulah berkorban tahan nafsu dan berdisplin.

Saturday, November 26, 2011

Christchurch-New Zealand

Sangat menarik.... tiket dibeli awal dari dec 10 tpi travel time adalah bulan oct 11. Yela my husbdapat tiket promotion Air Asia 1st flight ke Christchurch. Sebelum  ini aku cuma pernah dgr cerita tempat ini dari telenovela Cinderella, yang haliza misbun dan ahmad idham.


Mari cerita... kami punya flight pagi pukul 845 dari LCCT, 10 jam waktu perjalanan. Sampai di sana dah pukul 12mlm sana. Wah kali pertama aku merasa tido di airpot. Mula2 sanggup duduk di kerusi tpi dah lama sangat.. aku dan husband pun bentang cadar di suatu sudut dan baring la... tetiba ada mat salih offer conforter die, sbb die nak blah balik naik flight. So kami pun rembat jerla...


LAKE TEKAPO
Esok paginya mula perjalanan ke Lake Tekapo... sangat cantik permandangan tasik dan gunung yang masih diselaputi sisa-sisa salji... Suhu di sana sejuk waktu siang boleh la tahan tpi malam jika xde heater mati kejung sejuk. 
PUZZLE WORLD WANAKA


Tido smalam di sini dan bertolak ke WANAKA, ape yg ada disana? Mengikut itinerary husband aku buat akan pergi ke Puzzle World... Ok gak di Puzzle World cari jalan keluar cara permainannyer... tpi kami main tipu tak jumpe jalan keluar so kami menggunakan emergency door. Malam kami melayan tengok RUGBI WORLD CUP antara NZ and France... Wah sejuk beb tgk RUGBI di park dorg ada pasang projector... ah busuk smua org minum beer... tpi dorg ni yg aku suka siap bwa comforter lepak di sana... tahniah NZ menang world cup..
QUEENSTOWN
Next destination adalah QUEENSTOWN.. aku suka tempat ni, walaupun kecil dari KL tpi aman tanpa jam... disini aku pergi naik SKY GONDOLA dan tengok persembahan HAKA...special sbb kami berdua saja yg tonton persembahan ini... dan esoknya bergerak ke TE ANAU untuk ke MIL FORD SOUND... perjalanan yg jauh tpi berbaloi... merasa aku pijak salji dan rase dgn jari walaupun seperti ais kepal jer pun... mmg berbaloi ke sini... naik CRUIZE ...



Hentian terakhir adalah DUNEDIN... hahaha disini kami naiki keretapi untuk melihat view2 yg menarik.. harus la naik keretapi walaupun di Msia xpernah aku naik keretapi melayu... then kami pergi melawat kilang CADBURY...best2... disini kami pergi makan restoran Malaysia... dari Sabahan.. OK bah...

Then kami bertolak balik semula keesokannyer ke Christchurch,... beriya2 nak pergi ke town yang kene gempa bumi aritu, konon nak tengok kesan dari gempa bumi tu... mmg teruk la dorg tgh recovery balik, byk jalan yg tutup... So patah balik semula terus ke airport melangut la lagi nak tggukan mlm...

Kalo korang nak tau smua perjalanan ini ada la sendiri tanpa menggunakan tour guide, GPS adalah tour guide kami disana, kereta dan hotel disewa lebih awal. Kesemua perbelanjaan kami berdua adalah RM5k including air ticket, makan, accomodation, shopping and activities...hahaha smua kata murah... mmg murah... dan best sangat... aku teringin nak kesana lagi... rindukan bau udara yg segar...